Monday, 6 October 2014

CARA PENJAGAAN IKAN LAGA


CARA PENJAGAAN IKAN LAGA


1. PENYEDIAAN BEKAS/BALANG/AQUARIUM IKAN LAGA. Cari tempat tinggal yang sesuai untuk ikan laga anda. Di kehidupan liar, ikan laga tinggal dalam sawah padi yang cetek dan luas. 


  • Saiz bekas/balang/aquarium yang sesuai untuk bakal ikan laga sekurang-kurangnya yang bersaiz 2 biji bata. Jika boleh, bekas lebih besar dan luas juga sesuai untuk ikan laga anda. Ini supaya ikan anda boleh berenang bebas kerana di kehidupan liar ikan laga tinggal di sawah padi yang cetek dan luas. Gambar dibawah antara bekas yang sesuai untuk ikan laga anda selain dari aquarium yang besar.
  • Tambah peralatan akuarium jika perlu seperti 'air pump' ataupun penapis. Jgn pilih penapis yang terlalu kuat hal ini kerana akan mengganggu/mengehadkan pergerakan ikan anda.
  • Jika ingin menambah barang-barang perhiasan seperti kayu,pokok palsu pastikan barang-barang tersebut cukup-cukup bersih kerana barang2 perhiasan yang kotor seperti kayu yang masih baru mengandungi bacteria/alga/kulat yang boleh membunuh ikan laga.
  • Pokok air yang hidup memang bagus untuk ikan anda. Ianya lebih cantik dari pokok palsu, dan ikan laga suka bermain,bersembunyi dan tidur di pokok air tersebut. Pokok hidup juga membantu mengoksigenkan air selain memastikan air bersih untuk tempoh yang lama.
2. PENYEDIAAN AIR. Air yang sesuai ikan laga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air masak sesuai untuk ikan anda kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika anda menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan laga anda jika ingin segera anda boleh menambahkan sedikit beberapa titis ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan laga anda. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor/berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan laga anda kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan anda. Jika bekas/akuarium/balang ikan laga anda tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ikan laga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.


3. MAKANAN IKAN ANDA. Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan anda. Ikan laga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Anda boleh tukar dengan jenis/jenama lain. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas/koi tidak sesuai untuk ikan anda.


  • Jangan bagi ikan anda makan terlalu banyak kerana ikan laga akan terus makan selagi anda memberinya makan. 8-9 pelet dah memadai untuk ikan anda.
  • Makanan yang tidak dimakan elok diangkat keluar dari akuarium. Makanan lama atau yang dibiarkan boleh mengotorkan air. Makanan yang tidak dimakan elok dikeluarkan segera.
  • Makanan hidup seperti jentik,cacing kering/dried worm juga bagus untuk ikan anda kerana makanan ini lebih selamat dan bebas dari bacteria/parasit
  • Untuk anak ikan anda boleh beri makan microworm ataupun makanan ikan yang ditumbuk halus kerana anak ikan hanya makan makanan yang muat dengan mulutnya 
4. BERSIHKAN BEKAS IKAN ANDA. Bersih/cuci bekas ikan laga anda sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga anda dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan anda dengan air panas/suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan laga anda.
  • Pastikan anda tambah ubat anti-klorin jika menggunakan air biasa/paip
  • Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut untuk ikan laga anda
5. BERMAIN DENGAN IKAN ANDA. Jgn terlalu mengetuk bekas ikan anda tetapi anda boleh bermain dengannya hanya menggerakkan jari ke seluruh bekas dan melihatnya mengikut jari anda. Jangan lupa namakan ikan anda jika perlu. Haha..

68 comments:

  1. tempat yang sesuai untuk ikan laga ialah aquarium kaca bukan plastik kerana plastik mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan keracunan....
    saiz yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 3.5 gallon... dan pastikan anda mengunakan alat penapis air utk tingkatkan kualiti air....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sye bru beli ikan laga longtail(jantan) tpi knpe die nmpk mcm kurang aktif dan ape yg prlu sye lakukan utk aktifkan die?.. please jwb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia stress...cuba try ltak daun ketapang

      Delete
    2. sy tukar airnya seminggu 3 kali. guna air yg dimasak.sejukkan dulu air semalaman.

      Delete
  4. Helo,tumpang tnye sikit tuan. Brape kerap nk kne bg mkn?brape kali sehari?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi dia waktu pagi dan petang
      .bagi dia 10 biji pellet setiap hari jangan lebih

      Delete
  5. Helo,tumpang tnye sikit tuan. Brape kerap nk kne bg mkn?brape kali sehari?tq

    ReplyDelete
  6. Hello. Ada orang komen kat atas.

    ReplyDelete
  7. Hello. Ada orang komen kat atas.

    ReplyDelete
  8. salam nak tanya cara pnyediaan air utk ikan laga ni selain air masak air paip dn air tapis.. air RO tu boleh d gunakan ke juga??osmosis water tu dia bebas klorin ka juga tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna air yg di masak kemudian sejukkan. ikan laga saya ada 3 ekor. semua nya sihat dgn hny mengunakan air yanh telah dimasak

      Delete
  9. Salam sy kurang jelas dengan 10 pellet tu...10 pellet untuk pg dan petang atau...10 pellet pagi dan 10 pellet ptg?

    ReplyDelete
  10. Saya kurang jelas ngan 10 pellet tu... 10 pelet untuk pg dan petang atau 10 pellet pagi 10 pellet petang?? Please jawab..

    ReplyDelete
  11. Saya kurang jelas ngan 10 pellet tu... 10 pelet untuk pg dan petang atau 10 pellet pagi 10 pellet petang?? Please jawab..

    ReplyDelete
  12. Kalau letak air masak yg dh sejuk boleh kan??....please jwb

    ReplyDelete
  13. brape lame ikan laga boleh tahan tanpa makanan. kadang2 out station 1-2 hari

    ReplyDelete
  14. Tumpang tanya,
    1)pokok air apa yg sesuai nak letak dalam akuarium.?

    2) mcm mana nak buat makanan untuk anak ikan.?

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kelapa sawit . buku resepi ada dijual di kedai repair motosikal . terima kasih .

      Delete
    2. Budak bodoh org tnya leklok jwb lebih kurang

      Delete
    3. Boleh letak pokok anubias. Makanan untuk anak ikan boleh bagi microworm atau pelet yg ditumbuk halus

      Delete
  15. Sallam kalau letak dalam bekas plastik kecil boleh

    ReplyDelete
  16. camna nak rawat yg kena penyakit sisik nanas.. ada ubat dia tak? selain daun ketapang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit dropsy susah nak rawat tuan, ending dia ikan akan mati.. asingkan..

      Delete
  17. ikan jantan sy xpandai jaga telur.. habis semua hitam.. mcm mna ek..

    ReplyDelete
  18. Baru bela ikan laga beli tegahari ptg dah mati huhu.. kenapa yea

    ReplyDelete
  19. Saya guna air paip letak anti klorin..ok jer

    ReplyDelete
  20. Sye bela ikan laga warna biru dh 3 bulan lebih. Stiap hari sye tukar airnya sbb kerap keruh dan berbau. Airnya bau sbb mkanan dia. And sye bag dia mkan trlalu bnyak. Lepas dh baca detail blog ni dan komen2 smua. Bru sye thu nak jaga ikan laga ni yg sebaiknya. Tq. Btw nama ikan laga sye, Ciko. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke tukar air dia setiap hari ?? sebab tiap hari kotor.

      Delete
  21. Sye bela ikan laga,tapi ikan sye bila mkn je mesti dia keluarkan balik mknn tu? Nk buat mcm mna eh?

    ReplyDelete
  22. Sye bela ikan laga,tapi ikan sye bila mkn je mesti dia keluarkan balik mknn tu? Nk buat mcm mna eh?

    ReplyDelete
  23. Salam,hi. Saya br beli 5 ekor ikan laga utk anak saya di asrama. Projek sekolah.. Blog ni mmbantu serba sikit cara nk bela ikan laga. Tq. Hrp ikan tu dpt brtahan laa,sbb nk tinggal kat asrama..hihii

    ReplyDelete
  24. Salam, boleh ke campur ikan laga jantan dengan ikan lain macam ikan gapi?

    ReplyDelete
  25. Salam ....
    Camne nak lagakan ikan dgn tuan dia

    ReplyDelete
  26. Camne nak guna garam biru ikan?

    ReplyDelete
  27. As Salam...ikan laga saya dah bertelur & dah 3 hari ..JD bila masanya saya Kena asingkan ibu & bapanya..

    ReplyDelete
  28. salam..ikan laga saya x brapa mau mkn..dlm 3-4 biji pelet saje..bolehkah saya bgi nymuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, gantikan dgn nyamuk, jentik2 dan kutu air..

      Delete
  29. Manager nak dapatkan daun ketapang Dan air pump please jawab

    ReplyDelete
  30. Manager nak dapatkan daun ketapang Dan air pump please jawab

    ReplyDelete
  31. Manager nak dapatkan daun ketapang Dan air pump please jawab

    ReplyDelete
  32. Boleh tak pakai air mineral yg jual dekat kedai tu?

    ReplyDelete
  33. Macam mne nk bagi ikan laga kampung lebih
    Menarik warna nye
    Sbb ekor dye je ade warna
    Badan x ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam bekas dalam tanah satu hari tinggal atas ruang bernafas jer

      Delete
  34. Adakah ikan laga boleh hidup dalam keadaan yang gelap dalam jangka masa yang lama? Seperti waktu malam?

    ReplyDelete
  35. Kalau letak ikan laga kat balkoni boleh tak? Tak kena matahari, tapi sedikit bahang

    ReplyDelete
  36. Kalau letak ikan laga kat balkoni boleh tak? Tak kena matahari, tapi sedikit bahang

    ReplyDelete
  37. Boleh ke akuarium yg ada water pump

    ReplyDelete
  38. Terima kasih untku maklumat ini

    ReplyDelete
  39. Saya ada beli ikan laga jantan dan bila saya masukkan sekali dengan ikan betina ikan jantan laga lebih aktif dan mengigit ikan betina adakah saya perlu asingkn dahulu?

    ReplyDelete
  40. ikan laga x boleh campur kah sma ikan koi?

    ReplyDelete
  41. Nak tumpang tanya boleh makanan ikan Takara sakana boleh tak bagi ikan laga makan

    ReplyDelete
  42. Kalau out station sampai 2 hari.Berape lame ikan laga boleh tahan tanpa makanan ye?

    ReplyDelete
  43. Perlu letak garam biasa kah kalau saya sudah letak AOG, AKIRA, BETTA VITA dan FLAKE?
    Maaf, saya budak baru belajar.

    ReplyDelete
  44. Saya hanya guna air masak yg disimpan semalaman ...Alhamdulillah ikan laga saya masih aktif...dah hampir setahun saya membelanya...Saya namakan ikan laga saya Jebat...ok ke nama tu?

    ReplyDelete
  45. Sy bela ikan laga pakai air paip sahaja.. kenapa ikan laga sy happy and seronok ya.. dah 8 bulan sy bela amd masih sihat and active. Lagi satu boleh ke dalam satu aquarium letak bnyk ikan laga.. cth nya lebih dari 4 ekur ? Sy letak ikan laga 2 ekur dan mereka boleh berkawan walaupun yg sekor tu sy letak lambat sebulan..

    ReplyDelete