Tuesday, 7 October 2014

Cara Biak/Breed Ikan Laga atau Betta





Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem adalah ikan hiasan yang sangat terkenal dalam segelintir masyarakat Malaysia dan masyarakat Thailand. Selain dari kecantikan pelbagai jenis dan bentuk ekor, karem juga merupakan kumpulan yang menarik bila dibiak. Kaedah pembiakan ikan laga sangatlah mudah dan unik.

Cara Karem Membiak 
Karem membiak dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang dihasilkan oleh si bapa ..

Keperluan untuk pembiakan adalah seperti berikut :

1. Dua balang atau bekas satu kecil satu besar, *wajib
2. Pasangan pelaga yang sihat dan cantik elok untuk dapat anak yang cantik. *wajib
3. Tanaman air yang hidup *harus
4. Cawan polistrin dibelah dua *Jika ada
5. Makanan untuk pasangan tersebut elok bagi sebelum breed. *wajib
6. Air tanpa klorin ataupun air tapis *wajib
7. Daun ketapang *jika ada
8. Bekas atau aquarium yang luas *wajib
9. Jaring kecil lembut *sunat

Cara pemilihan pasangan

·   Pilihlah pasangan yang sihat dan matang *matured enough
·   Jantan mempunyai ekor yang panjang dan sesetengah betina juga berekor panjang namun boleh dibeza dengan melihat abdomennya
·   Betina mestilah buncit dan terdapat biji putih pada abdomennya *hanya betina begini

Untuk memudahkan proses pembiakan ini admin bahagikan kepada 3 fasa. Semasa pemindahan admin galakkan gunakan jaring supaya ekor pelaga tdak rosak.

Fasa 1 (proses kenal-kenal) (seminggu lebih baik)

·   Pasangan tersebut diasing dan diletakkan dalam balang masing-masing yang mengandungi air tanpa klorin serta diletak bertentangan supaya pasangan ini dapat melihat antara satu sama lain.
·   Letak daun ketapang jika ada, daun ini bertindak sebagai ‘tongkat ali’ supaya pelaga jantan lebih agresif dan gersang.
·   Semasa proses ini, jantan banyak bergerak dan mengembangkan insangnya *menunjuk-nunjuk
·   Betina hanya memberi tindak balas dengan bergerak ke sana-sini serta menunduk *mudah kata berkelakuan normal
·   Jantan akan membuat buih tanda pasangan ini sedia diadu atau diletak sekali
·   Makanan diberi seperti biasa. Pasangan ini mestilah sihat sepanjang proses pembiakan.

Fasa 2 (malam pertama) (1-2 hari )

·   Pasangan ini diletak bersama dalam bekas atau aquarium yang lebih luas. *bayangkan malam pertama bilik sempit, Fuhhh..siksa ..
·   Bekas tersebut diletak tanaman air dan daun ketapang jika ada
·   Letakkan cawan polistrin yang dibelah dua jika ada. *Jantan akan membuat sarang buihnya dibawah polistrin tersebut. Risiko buih untuk pecah adalah rendah. *jika tiada pelage jantan akan membuat sarangnya ditempat-tempat buih boleh dikumpul, ditepi-tepi..
·   Jantan akan memeluk betina ataupun mengejar betina. *Dalam proses ini telur dilepaskan oleh betina dan dikutip oleh jantan dan dihimpun disarang buih buatannya.
·   Sila beri pasangan ini privasi. *sukakah anda jika diganggu pada malam pertama ?

Fasa 3 (pasangan dipisahkan)

·   Selepas betina habis melepaskan telurnya, pelaga betina cuba untuk menghampiri telur dan dihalang oleh pelaga jantan. Betina mesti diasingkan untuk mengelak dari memakan telur-telur tersebut.
·   Tugas penjagaan telur adalah tugas pelaga jantan, jantan akan menjaga telur-telur tersebut disarang buatannya. Telur yang rosak akan dimakan kerana khuatiri akan menjangkiti telur-telur lain. *ini normal
·   Dalam tempoh 2-3 hari telur akan mula menetas dan kelihatan kelibat anak-anak ikan yang sangatlah kecil berpaut pada sarang buih.
·   Pada tempoh ini fry (anak-anak ikan) tidak perlu diberi makan kerana masih terdapat persediaan telur kuning pada badan.
·   Fry akan mula melepaskan pautannya dan berenang bebas dan mampu makan dengan sendiri.
·   Si bapa boleh diasingkan, tugas bapa selesai.
·   Pastikan semua fry sudah melepaskan pautannya dan berenang dengan bebas, fry yang masih lagi berpaut perlu dipantau oleh bapa kerana bimbang fry jatuh dan tidak boleh berenang dengan sendiri akan dibantu oleh bapa dan diletakkan disarang buih semula.

Perlu Tahu !!
·    Semasa tempoh penjagaan oleh bapa, pastikan keadaan sentiasa cerah supaya si bapa boleh melihat dan memantau telur-telurnya.
·    Jangan goncang bekas atau menganggu fry, ini akan menyebabkan fry yang masih lemah jatuh dan boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
·   Anda boleh puasakan si bapa sementara kerana khuatiri akan termakan telur. Boleh beri makan tapi mesti jauh dari kawasan fry atau telur.
·   Tanaman air akan menjadi tempat bermain bagi fry-fry ini.
·   Bekas tersebut harus ditutup untuk mengelak dari termasuk bendasing dan semut. *jgn ttup sehingga tiada udara, pelaga juga perlukan udara.
·   Fry sangatlah sensitif dan mudah mati jika dijangkiti fungus atau bacteria.
·   Betina mampu bertelur sehingga 200-1000 pada satu masa. Namun hanya 5-80 yang boleh selamat. *ini normal

Selepas habis semua proses ini, tanggungwab penjagaan fry terletak pada tuan empunya. Tuan empunya wajib mengetahui cara penjagaan fry kerana fry-fry ini sangatlah sensitif dan mudah mati dan anda mungkin akan kehilangan semua fry anda. Admin buat habis teliti dan jangan tinggal walau satu langkah kerana “sesaat terleka, selama-lamanya menyesal” huhu... >_< ..


Sumber luar..

Ikan Laga/Karem adalah ikan hiasan yang sangat dikenal oleh masyarakat terutamanya kanak-kanak, kerana ikan nie selain rupanya yang cantik juga merupakan kumpulan yang menarik bila diadu/biak. Ikan ini juga sering disebut ikan laga/karem dan nama latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).


Cara Biak 
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang di bina oleh si bapa niler..
Langkah-langkah yang perlu diketahui :


  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan induk jantan dan induk betina dan diberi makan cukup selama 1 atau 2 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman balang yang sesuai dan telah diberi tanaman air atau yang palsu..tapi lebih baik tanaman air...
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur berkumpul pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya. #kalau tak habis telur dimakan betina...buat penat  arr..
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan kerana masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan jentik-jentik yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi jentik-jentik tanpa disaring.
Fry Umur 2-3 Hari

Fry Umur 2-3 bulan


Cara Penjagaan
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan. Setelah panjang 4 cm, anak-anak ikan dapat diberi makan cacing. Ikan jantan termasuk ikan yang sayang dengan keturunannya, dilihat dari kebiasaannya membuat buih pada permukaan air setiap kali membiak. Sedangkan ikan betina kurang bakatlah lebih kurang merawat anaknya bahkan kadang-kadang memangsa anaknya sendiri sehingga harus cepat-cepat dipisahkan setelah bertelur. Untuk mendapatkan ikan jantan yang bentuk dan warnanya indah, biasanya setelah mencapai panjang 4,5 cm dimasukkan kedalam botol (toples, bekas selai, botol kopi, dll) dan diletakkan saling berdekatan satu sama lain agar dapat saling melihat selama 2 minggu, agar sirip ikan cupang tersebut mengembang kerana saling menantang. 
#Untuk membudidayakan ikan laga secara besar-besaran, dapat digunakan bak semen ukuran 1,5 x 3 m. Pemijahannya dilakukan dipinggir bak dengan mempergunakan kotak-kotak papan yang bagian depannya diberi saringan kasa plastik. Saringan ini dimaksudkan agar benih ikan dapat keluar dan kotak pemijahan, sedangkan induknya tetap berada di dalam kotak pemijahan. Ukuran kotak pemijahan 15 x cm atau 20 x 20 cm sedangkan cara perawatan sama dengan diatas. *Klu nk bukak kilang..larr

Sumber :
Dinas Peternakan, Perikanan dan Kelautan Provinsi DKI Jakarta
Jl. Gunung Sahari Raya No. 11, Jakarta Pusat #Edited
NAK TAHU LG JENGUK KT BAWAH: 

Ikan laga dan hiasan

Menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...bangga tak?hihih..errmm ok arini aku akan ajar korang camner nak wat breeding atau pembiakan ikan laga atau ikan spilar yang femes pada masa kita kecik2 dulu ni..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..


Pendahuluan
Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok..meleleh air liur.caya arr aku cakap..gambar yang aku tunjuk tu crown tail.ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..gitu arr..aku pun xberape expert..

Jantina
cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak.Jadi masalah arr sket..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bwh ikan tuh arr..

Kematangan
untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..

Jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia ngan 'hot' arr tuh.

Betina
Bagi yang betina plak,macam biasa arr perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya...

Kaedah pembiakan
Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah..aku cume cakap hak asasi ikan tuh arr.cube korang bayangkan korang baru kahwin dan dapat bilik yg sangat sempit untuk malam pertama.huih..seksa..macam tu jugak ar dengan ikan laga neh..bagi nak bagi TONGKAT ali atau super power atau orang kampung kt ikan nie letak arr daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak arr polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..

sebaiknya korang letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu,main sms dulu ker..jagi xder arr dieorang wat secara ganas nanti.lagi satu dalam tangki pembiakan letak arr daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina,mana la kita tau kan die dapat laki ganas ker..jadi kene arr bagi perlindungan..

selepas jantan buat buih baru arr dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam gitu arr..selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..

telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti.selepas sehari anak ikan menetas.alih arr jantan plak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).

Penjagaan anak ikan
anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,korang tenok arr perut atau yolk dieorang da kempis baru bagi makan..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,tu arr air hijau yang dimaksudkan..ok?

selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...cube arr yerkk.. XIXI^^

41 comments:

  1. Kenapa pry saye, lepas 3hari semua mati,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini berkemunkinan besar di sebabkan kualiti air yang tidak baik...

      Delete
    2. Semasa nak kawenkan tu kene tutup ke balang ikannya?

      Delete
  2. Asalammualaikum siapa yang nak cari kutu air atau dalam bahasa ingglish artemia..boleh lah datang ke pasar pudu tempat menjual ikan perhiasan belakang pejabat pos ofis jalan pudu..artemia boleh di beli dengan harga rm2 rm3 rm4 rn5 sampai lah ke rm50..jika berminat sila datang ke pasar pudu..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Bosku artemia is bbs ( udang halusss tu ) klu kutu air kita pggil moina atau daphmia bosku.. Mohon maaf ya bosku skdar betulkn info shj.

      Delete
    2. Pasar pudu tu kat mane ehh sje tanye..

      Delete
  3. Saya punya ikan laga berumur 2minggu stengah dan badan masih kecil.. sy dh bg dia kutu air.. tp masalahnya kutu air tu lebih besar dr anak laga sy.. ada sesuai jika sy mula tukar proses air sebab hampir 2minggu air koto sedikit banyak anak ikan yg mati jua dr beratus menjadi puluhan.. sy nk tukarkan dr tempat aquarium plastik ala saiz ke aquarium kaca yg kecik tapi besar sedikit dr sebelumnya. Adakah sy ptut kekalkan kondisi air separuh lama dan separuh baru.. adakah ia kan bhasil atau apa? tolong jelaskan pd sy yg baru newbie ni. Thank you bos !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika usia ikan laga masih 2 minggu anda hanya perlu tukar air sebanyak 30% sahaja jika tuka air 100% ikan laga anda akan mati 100%.... tiada cara lain....biarkan saja tukar air sedikit demi sedikit.....

      Delete
  4. Saya punya ikan laga berumur 2minggu stengah dan badan masih kecil.. sy dh bg dia kutu air.. tp masalahnya kutu air tu lebih besar dr anak laga sy.. ada sesuai jika sy mula tukar proses air sebab hampir 2minggu air koto sedikit banyak anak ikan yg mati jua dr beratus menjadi puluhan.. sy nk tukarkan dr tempat aquarium plastik ala saiz ke aquarium kaca yg kecik tapi besar sedikit dr sebelumnya. Adakah sy ptut kekalkan kondisi air separuh lama dan separuh baru.. adakah ia kan bhasil atau apa? tolong jelaskan pd sy yg baru newbie ni. Thank you bos !!

    ReplyDelete
  5. Nak tanye. Kalau jantan crowntail biakkn ngan betina biasa boleh ke? Atau crown ngan crown je?

    ReplyDelete
  6. Anak2 fry selalunye lebih ikut colour jantan atau betina ?

    ReplyDelete
  7. adakah jentik jentik menjadi musuh kepada fly??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan : FRY bkn FLY..FRY anak ikan yg mcm jentik2. FLY itu lalat..

      Delete
  8. Kalau tak de daun ketapang. Boleh ke guna daun gajus?

    ReplyDelete
  9. guna daun pisng kering pu. boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun pisang kering tu nak kene basuh dgn air garam dulu ke tak,satu lagi atau ambik daun pisang yang kering tu terus letak dlm air

      Delete
  10. Setelah selesai telor dikeluaran akan mengambil masa 36 jam untuk menetas..setelah menetas berapa lama baru boleh dikeluarkan induk jantan?

    ReplyDelete
  11. https://beritatvmalaysia.blogspot.com/2019/02/ada-sapa2-boleh-share-tak-setting-air.html

    ReplyDelete
  12. salam bos.... bos ada jual betta tak

    ReplyDelete
  13. Asalamualaikum kalau lepas fry menetas dan ad yg belum menetas lgi bole buang x bapa???

    ReplyDelete
  14. selepas menetas waktu bila kena asingkan ikan laga jantan?takut ikan laga jantan makan anak pula..

    ReplyDelete
  15. selepas menetas waktu bila kena asingkan ikan laga jantan?takut ikan laga jantan makan anak pula..

    ReplyDelete
  16. selepas menetas waktu bila kena asingkan ikan laga jantan?takut ikan laga jantan makan anak pula..

    ReplyDelete
  17. warna anak ikan laga akan ikut lebih pada warna betina atau warna jantan

    ReplyDelete
  18. Nak tanya blh nampak tak klau sibetina tu lepas kn telur dan blh nampak ke si bapa letakkn telur di buih...klau nampak mcm mne bentuk,calour,sebap saya tak tahu sama ade betina tu dah lepas kn telur atau belom.....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti check dekat buih2(sarang yg si bapa buat) tu ada bintik2 hitam..

      Delete
  19. Bingung mencari agen betting IDN POKER terpercaya ?
    Ayo buruan daftarkan diri anda sekarang juga bersama kami di www viabola info
    Dengan minimal deposit 25 rb anda bisa menangkan hadiah hingga jutaan rupiah
    Tunggu apa lagi daftarkan diri anda sekarang juga dan jadilah jutawan bersama kami
    Tidak cuma itu saja dengan 1 user id anda bisa mainkan jenis game menarik nya seperti , poker , casino , sbobet dan slot serta masih banyak lagi 📷:)
    Bonus Depo VIABOLA
    - Bonus Depo New Member 10%
    - Bonus Depo Harian 10% (sehari 1x)
    Bonus Mingguan VIABOLA
    - Bonus CashBack up to 10% ( Sportbook )
    - Bonus Referal 2% ( All Games )
    - Bonus Rollingan up to 0.8% ( Casino & Slot )
    - Bonus Rollingan up to 0.5% ( Poker )

    ReplyDelete
  20. Ikan saya dah bertelur patutkah saya asing walaupun masih ada putih diperut betina

    ReplyDelete
  21. Sy x perasan bila ikan mengawan..tgok2 ada buih dan ikan jantan x vagi ikan betina datang situ..maksudnya ada telur ikan kt situ?

    ReplyDelete
  22. Selepas breed.
    Betina bole breed lagi dalam masa berapa lama.?

    ReplyDelete
  23. apa jadi kalau buih ii tu pecah tadi ikan dh bertelur

    ReplyDelete
  24. Ikan sekali dah beranak, lagi berapa hari atau bulan boleh kita buat ikan beranak cik?

    ReplyDelete