Microworm adalah ulat yg bersaiz seni(kecil yang teramat) dan sesuai untuk anak ikan yang baru menetas dan memang cukup sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan microworm sebagai makanan ikan mereka. Microworm makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie memang dijamin selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.
- Microworm Starter *xdo nie, nok mari celoh mno microworm nyor, uk aloh*berloghat jap*
- Bekas kecil *bebas bekas apa2 pon, asalkan berpenutup*
- Oatmeal *Roti pon boleh*
- Serbuk Yis *sebagai mknana utk microworm*
- Sedikit air
- Sedikit kapas atau yang seakan dengannya
- Campurkan 3 sudu besar Oatmeal dengan sedikit air ke dalam bekas dan gaul *Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras...sedang2...
- Taburkan satu sudu kecil yis dan campur dengan satu sudu kecil Microworm Starter
- Gaulkan campuran tersebut
- Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab
- Pada lubang yang ditebuk dimasukkan kapas supaya tidak dimasuki lalat
- Biarkan selama 4-5 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm merayap disekeliling bekas. Ambil sedikit dan beri pada anak ikan anda.
- Untuk menghasilkan microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir
- Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda sekeliling bkas
- Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm
- Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih kecil
- Microworm oleh disimpan selama 3-4 minggu *simpan pada suhu bilik
- Lubang yang dibiar akan dimasuk lalat *dh lalat masuk, ape lagi..tinggal ank(ulat sampah) yer lar dlm tuu*
- Jika nampak mencair kasi oatmeal @ roti
- Jika sudah mula berbau, mula buat yang baru
- sesuai untuk semua jenis anak ikan kerana saiznya yang kecil
- membantu pembesaran ikan
- makanan hidup yang sesuai untuk ikan laga selepas jentik-jentik
- mudah dihasilkan dan selamat untuk ikan
- Asal microworm adalah dari dalam tanah
- Hidup ditempat yang lembab
- Mampu membiak 40 keturunan sehari !!
- Boleh bertahan selama 7-8 jam didalam air
- Juga digunakan pada tumbuhan*ade lar baik die*
- Protin yang tinggi
- Boleh ambil dengan jari ataupun batang kecil ditepi bekas dimana microworm merayap dan dicelup ke dalam bekas ikan
- Jangan terlalu banyak, microworm terperap lama tanpa dimakan akan mati dan mengotorkan air
- Saiznya yang kecil memang sesuai untuk anak ikan
- Tinggi protin membantu membesar
- Hidup lagi !!! mesti freshh
- Banyak digunakan oleh penternak-penternak ikan kini
- Ikan akan makan kerana microworm bergerak didalam air
- Jimat, boleh guna bila-bila..
nak microworm, 0175522128 sila PM
ReplyDelete