Monday, 6 October 2014

Cara Penjagaan Fry Betta Atau Anak ikan laga


CARA PENJAGAAN ANAK IKAN LAGA


Selepas ikan dibiak akan kelihatan sarang buih dipermukaan air. Pada sarang buih tu terdapat anak2 ikan yang masih kecil. Ikan laga yang masih kecil kan sentiasa berada di sarang. Apabila anak2 ikan ni dah membesar sikit anda akan nampak anak2 ikan ini akan berenang bebas seperti gambar dibawah. Tetapi Lebih Kecil Sikit dari Gambar ini.


Pada Tahap ini Anda Boleh Bagi Makanan Microworm,Artemia,Kutu Air.


Anak ikan selepas beberapa minggu.Pada ketika ini mereka boleh diberi makan jentik2/anak nyamuk,Tapi jangan bela Pula Jentik2, Hehe,, ^^


Anak ikan yang dewasa selalunya berumur 2-3 bulan. Waktu ni anak2 ikan dapat diasingkan. Sesetengah ikan takkan membesar secara serentak/sekali. Ikan yang dah cukup dewasa perlu diasingkan.
TIPS TAMBAHAN
  1. Untuk mendapatkan ikan laga yang cantik anda boleh memberi ikan ini makan jentik2
  2. Jentik2 perlu dibersihkan dulu kerana air yang mereka tinggal tidak bagus untuk ikan laga
  3. Anda hanya perlu letakkan ikan dalam air yang tiada klorin selama beberapa minit baru diberi pada ikan laga
  4. Anda juga boleh letak bekas ikan bertentangan supaya ekor mereka dapat mengembang apabila melihat antara satu sama lain.
  5. Induk betina hanya mempunyai saiz ekor yang sederhana mereka ini tidak perlu diasingkan induk ini boleh diletak sekali dengan induk betina lain.
Saya harap maklumat yang tak seberapa ni berguna untuk korang. Selamat mencuba!!!

6 comments:

  1. jikalau tiada microworm. kutu air. dan sebagainya. bolehkah hanya memberi makanan ikab biasa yang ditumbuk kecil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak pasti tpi kalau dia jadi serbuk ataupun makanan tu berdebu boleh i think..

      Delete
  2. jikalau tiada microworm. kutu air. dan sebagainya. bolehkah hanya memberi makanan ikab biasa yang ditumbuk kecil?

    ReplyDelete
  3. Anti clorine perlu di letak kan jgk kan ?
    Untk pastikan ank ikan x mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya diletakkan clorine...tpi kalau tkde its okay boleh digantikan dgn daun ketapang

      Delete