Tuesday, 7 October 2014

FACEBOOK ADMIN

Sesiapa yang nak tanya soalan-soalan tanyalah di Facebook saya.

https://www.facebook.com/zahin.zafri.1

Jangan Sombong2 Yea.. ^-^

Cara Biak/Breed Ikan Laga atau Betta





Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem adalah ikan hiasan yang sangat terkenal dalam segelintir masyarakat Malaysia dan masyarakat Thailand. Selain dari kecantikan pelbagai jenis dan bentuk ekor, karem juga merupakan kumpulan yang menarik bila dibiak. Kaedah pembiakan ikan laga sangatlah mudah dan unik.

Cara Karem Membiak 
Karem membiak dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang dihasilkan oleh si bapa ..

Keperluan untuk pembiakan adalah seperti berikut :

1. Dua balang atau bekas satu kecil satu besar, *wajib
2. Pasangan pelaga yang sihat dan cantik elok untuk dapat anak yang cantik. *wajib
3. Tanaman air yang hidup *harus
4. Cawan polistrin dibelah dua *Jika ada
5. Makanan untuk pasangan tersebut elok bagi sebelum breed. *wajib
6. Air tanpa klorin ataupun air tapis *wajib
7. Daun ketapang *jika ada
8. Bekas atau aquarium yang luas *wajib
9. Jaring kecil lembut *sunat

Cara pemilihan pasangan

·   Pilihlah pasangan yang sihat dan matang *matured enough
·   Jantan mempunyai ekor yang panjang dan sesetengah betina juga berekor panjang namun boleh dibeza dengan melihat abdomennya
·   Betina mestilah buncit dan terdapat biji putih pada abdomennya *hanya betina begini

Untuk memudahkan proses pembiakan ini admin bahagikan kepada 3 fasa. Semasa pemindahan admin galakkan gunakan jaring supaya ekor pelaga tdak rosak.

Fasa 1 (proses kenal-kenal) (seminggu lebih baik)

·   Pasangan tersebut diasing dan diletakkan dalam balang masing-masing yang mengandungi air tanpa klorin serta diletak bertentangan supaya pasangan ini dapat melihat antara satu sama lain.
·   Letak daun ketapang jika ada, daun ini bertindak sebagai ‘tongkat ali’ supaya pelaga jantan lebih agresif dan gersang.
·   Semasa proses ini, jantan banyak bergerak dan mengembangkan insangnya *menunjuk-nunjuk
·   Betina hanya memberi tindak balas dengan bergerak ke sana-sini serta menunduk *mudah kata berkelakuan normal
·   Jantan akan membuat buih tanda pasangan ini sedia diadu atau diletak sekali
·   Makanan diberi seperti biasa. Pasangan ini mestilah sihat sepanjang proses pembiakan.

Fasa 2 (malam pertama) (1-2 hari )

·   Pasangan ini diletak bersama dalam bekas atau aquarium yang lebih luas. *bayangkan malam pertama bilik sempit, Fuhhh..siksa ..
·   Bekas tersebut diletak tanaman air dan daun ketapang jika ada
·   Letakkan cawan polistrin yang dibelah dua jika ada. *Jantan akan membuat sarang buihnya dibawah polistrin tersebut. Risiko buih untuk pecah adalah rendah. *jika tiada pelage jantan akan membuat sarangnya ditempat-tempat buih boleh dikumpul, ditepi-tepi..
·   Jantan akan memeluk betina ataupun mengejar betina. *Dalam proses ini telur dilepaskan oleh betina dan dikutip oleh jantan dan dihimpun disarang buih buatannya.
·   Sila beri pasangan ini privasi. *sukakah anda jika diganggu pada malam pertama ?

Fasa 3 (pasangan dipisahkan)

·   Selepas betina habis melepaskan telurnya, pelaga betina cuba untuk menghampiri telur dan dihalang oleh pelaga jantan. Betina mesti diasingkan untuk mengelak dari memakan telur-telur tersebut.
·   Tugas penjagaan telur adalah tugas pelaga jantan, jantan akan menjaga telur-telur tersebut disarang buatannya. Telur yang rosak akan dimakan kerana khuatiri akan menjangkiti telur-telur lain. *ini normal
·   Dalam tempoh 2-3 hari telur akan mula menetas dan kelihatan kelibat anak-anak ikan yang sangatlah kecil berpaut pada sarang buih.
·   Pada tempoh ini fry (anak-anak ikan) tidak perlu diberi makan kerana masih terdapat persediaan telur kuning pada badan.
·   Fry akan mula melepaskan pautannya dan berenang bebas dan mampu makan dengan sendiri.
·   Si bapa boleh diasingkan, tugas bapa selesai.
·   Pastikan semua fry sudah melepaskan pautannya dan berenang dengan bebas, fry yang masih lagi berpaut perlu dipantau oleh bapa kerana bimbang fry jatuh dan tidak boleh berenang dengan sendiri akan dibantu oleh bapa dan diletakkan disarang buih semula.

Perlu Tahu !!
·    Semasa tempoh penjagaan oleh bapa, pastikan keadaan sentiasa cerah supaya si bapa boleh melihat dan memantau telur-telurnya.
·    Jangan goncang bekas atau menganggu fry, ini akan menyebabkan fry yang masih lemah jatuh dan boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
·   Anda boleh puasakan si bapa sementara kerana khuatiri akan termakan telur. Boleh beri makan tapi mesti jauh dari kawasan fry atau telur.
·   Tanaman air akan menjadi tempat bermain bagi fry-fry ini.
·   Bekas tersebut harus ditutup untuk mengelak dari termasuk bendasing dan semut. *jgn ttup sehingga tiada udara, pelaga juga perlukan udara.
·   Fry sangatlah sensitif dan mudah mati jika dijangkiti fungus atau bacteria.
·   Betina mampu bertelur sehingga 200-1000 pada satu masa. Namun hanya 5-80 yang boleh selamat. *ini normal

Selepas habis semua proses ini, tanggungwab penjagaan fry terletak pada tuan empunya. Tuan empunya wajib mengetahui cara penjagaan fry kerana fry-fry ini sangatlah sensitif dan mudah mati dan anda mungkin akan kehilangan semua fry anda. Admin buat habis teliti dan jangan tinggal walau satu langkah kerana “sesaat terleka, selama-lamanya menyesal” huhu... >_< ..


Sumber luar..

Ikan Laga/Karem adalah ikan hiasan yang sangat dikenal oleh masyarakat terutamanya kanak-kanak, kerana ikan nie selain rupanya yang cantik juga merupakan kumpulan yang menarik bila diadu/biak. Ikan ini juga sering disebut ikan laga/karem dan nama latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).


Cara Biak 
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang di bina oleh si bapa niler..
Langkah-langkah yang perlu diketahui :


  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan induk jantan dan induk betina dan diberi makan cukup selama 1 atau 2 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman balang yang sesuai dan telah diberi tanaman air atau yang palsu..tapi lebih baik tanaman air...
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur berkumpul pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya. #kalau tak habis telur dimakan betina...buat penat  arr..
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan kerana masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan jentik-jentik yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi jentik-jentik tanpa disaring.
Fry Umur 2-3 Hari

Fry Umur 2-3 bulan


Cara Penjagaan
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan. Setelah panjang 4 cm, anak-anak ikan dapat diberi makan cacing. Ikan jantan termasuk ikan yang sayang dengan keturunannya, dilihat dari kebiasaannya membuat buih pada permukaan air setiap kali membiak. Sedangkan ikan betina kurang bakatlah lebih kurang merawat anaknya bahkan kadang-kadang memangsa anaknya sendiri sehingga harus cepat-cepat dipisahkan setelah bertelur. Untuk mendapatkan ikan jantan yang bentuk dan warnanya indah, biasanya setelah mencapai panjang 4,5 cm dimasukkan kedalam botol (toples, bekas selai, botol kopi, dll) dan diletakkan saling berdekatan satu sama lain agar dapat saling melihat selama 2 minggu, agar sirip ikan cupang tersebut mengembang kerana saling menantang. 
#Untuk membudidayakan ikan laga secara besar-besaran, dapat digunakan bak semen ukuran 1,5 x 3 m. Pemijahannya dilakukan dipinggir bak dengan mempergunakan kotak-kotak papan yang bagian depannya diberi saringan kasa plastik. Saringan ini dimaksudkan agar benih ikan dapat keluar dan kotak pemijahan, sedangkan induknya tetap berada di dalam kotak pemijahan. Ukuran kotak pemijahan 15 x cm atau 20 x 20 cm sedangkan cara perawatan sama dengan diatas. *Klu nk bukak kilang..larr

Sumber :
Dinas Peternakan, Perikanan dan Kelautan Provinsi DKI Jakarta
Jl. Gunung Sahari Raya No. 11, Jakarta Pusat #Edited
NAK TAHU LG JENGUK KT BAWAH: 

Ikan laga dan hiasan

Menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...bangga tak?hihih..errmm ok arini aku akan ajar korang camner nak wat breeding atau pembiakan ikan laga atau ikan spilar yang femes pada masa kita kecik2 dulu ni..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..


Pendahuluan
Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok..meleleh air liur.caya arr aku cakap..gambar yang aku tunjuk tu crown tail.ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..gitu arr..aku pun xberape expert..

Jantina
cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak.Jadi masalah arr sket..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bwh ikan tuh arr..

Kematangan
untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..

Jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia ngan 'hot' arr tuh.

Betina
Bagi yang betina plak,macam biasa arr perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya...

Kaedah pembiakan
Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah..aku cume cakap hak asasi ikan tuh arr.cube korang bayangkan korang baru kahwin dan dapat bilik yg sangat sempit untuk malam pertama.huih..seksa..macam tu jugak ar dengan ikan laga neh..bagi nak bagi TONGKAT ali atau super power atau orang kampung kt ikan nie letak arr daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak arr polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..

sebaiknya korang letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu,main sms dulu ker..jagi xder arr dieorang wat secara ganas nanti.lagi satu dalam tangki pembiakan letak arr daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina,mana la kita tau kan die dapat laki ganas ker..jadi kene arr bagi perlindungan..

selepas jantan buat buih baru arr dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam gitu arr..selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..

telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti.selepas sehari anak ikan menetas.alih arr jantan plak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).

Penjagaan anak ikan
anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,korang tenok arr perut atau yolk dieorang da kempis baru bagi makan..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,tu arr air hijau yang dimaksudkan..ok?

selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...cube arr yerkk.. XIXI^^

Monday, 6 October 2014

Cara Menetaskan Artemia

Cara Menetaskan Artemia,

   Seperti yang anda tahu artemia perlu dtetaskan sebelum bagi ke anak ikan/fry



Gambar Di Atas Adalah Contoh Artemia Yang Sudah Dipaketkan

#1=Beli Dimana2 artemia,
#2=Ambil Air laut/beli garam
#3=
Buat Seperti di dalam gambar

#4=Masukkan air laut/air garam, kemudian campurkan artemia,

#5=Tunggu selama 36jam/48jam,pada masa itu anda akan nampak BBS yang bergerak warna oren,

#6=Selepas tutup Airpump tunggu selama 5minit/10minit,artemia akan ada di bawah dan kulitnya akan terapung,

HOPE DAPAT MEMBANTU ^^
GOOD LUCK YEAA...

Cara Mengkultur Kutu Air/Moina

Cara Mengkultur Kutu Air

Selalunya kutu air ni ramai yang kata ada dekat kawasan longkang yang bertakung,kawasan kilang,
tapi saya hanya beli dari kedai,,,lama2 rasa nak try kultur kutu air ni ikut youtube,blog dan lain2
,then saya try buat air hijau tambahkan lagi lumut longkang,dengan tambah tahi ayam sikit,selalunya nak kultur kutu air kena guna kolam atau benda yang besar,




Gambar di atas ialah contoh-contoh air hijau dan tempat yang besar,,

TIPS-2 Mengkultur

# Cari Induk,atau beli dari kedai atau tangkap
#Kemudian letak induk dalam air hijau itu,
#Beli Yeast atau Susu tepung/Susu untuk Anak
#kemudian letak Yeast atau Susu Dalam botol then campurkan air,
#Selepas campurkan air anda boleh goncang sampai serbuk tu hancur
#selepas hancur anda boleh tuang dalam air hijau itu,

Selalunya kalau beli merah2,lama2 boleh jadi warna cair boleh dikatakan kutu air lapar hehe time tu boleh tuang air yang dicampurkan susu/yeast,jangan terlalu pekat kerana akan menyebabkan air berlendir,
selepas tuang tunggu selama 1 jam,kemudian kutu air bertukar warna merah2 delima..
Seeloknya Kultur Luar Rumah,Di Bawah Matahari,.. ^^

Hope Boleh Membantu

Perbezaan Antara Jantan Dan Betina.


PERBEZAAN ANTARA IKAN LAGA JANTAN DAN BETINA



SAIZ
Ikan laga jantan selalunya saiz sdikit besar dari betina..dn betina sedikit kecil tubuhnya klu besar tuhh..biasa arr..obeseti larr kot..
EKOR
Jantan kebiasaannya ekornya lebih pnjang dan mgkin lebih bsar 3-4 kali ganda dari betina..dn betina dh confem arr ekor dia kecil..tpi adaa gk sesetengah tuhh pnjang..skit.
TELUR
Ikan betina akan menampakkan bijik putih2 diperutnya manakala jantan x derr..bijik2 putih2 tuu larr tlur dia
INSANG
Ikan jantan insang die kelihatan..betina tak..bila ikan nie mengembang insang jantan lebih besar dari insang betina 
SARANG BUIH
Hanya ikan laga jantan yang membuat sarang nihh…ikan laga betina tak banyak yang buat,..

Tgok betul2... @_@

Cara Penjagaan Fry Betta Atau Anak ikan laga


CARA PENJAGAAN ANAK IKAN LAGA


Selepas ikan dibiak akan kelihatan sarang buih dipermukaan air. Pada sarang buih tu terdapat anak2 ikan yang masih kecil. Ikan laga yang masih kecil kan sentiasa berada di sarang. Apabila anak2 ikan ni dah membesar sikit anda akan nampak anak2 ikan ini akan berenang bebas seperti gambar dibawah. Tetapi Lebih Kecil Sikit dari Gambar ini.


Pada Tahap ini Anda Boleh Bagi Makanan Microworm,Artemia,Kutu Air.


Anak ikan selepas beberapa minggu.Pada ketika ini mereka boleh diberi makan jentik2/anak nyamuk,Tapi jangan bela Pula Jentik2, Hehe,, ^^


Anak ikan yang dewasa selalunya berumur 2-3 bulan. Waktu ni anak2 ikan dapat diasingkan. Sesetengah ikan takkan membesar secara serentak/sekali. Ikan yang dah cukup dewasa perlu diasingkan.
TIPS TAMBAHAN
  1. Untuk mendapatkan ikan laga yang cantik anda boleh memberi ikan ini makan jentik2
  2. Jentik2 perlu dibersihkan dulu kerana air yang mereka tinggal tidak bagus untuk ikan laga
  3. Anda hanya perlu letakkan ikan dalam air yang tiada klorin selama beberapa minit baru diberi pada ikan laga
  4. Anda juga boleh letak bekas ikan bertentangan supaya ekor mereka dapat mengembang apabila melihat antara satu sama lain.
  5. Induk betina hanya mempunyai saiz ekor yang sederhana mereka ini tidak perlu diasingkan induk ini boleh diletak sekali dengan induk betina lain.
Saya harap maklumat yang tak seberapa ni berguna untuk korang. Selamat mencuba!!!